Arrow icon Map icon Park Map
Government of Western Australia Whiteman Park
alertFire season closures may apply: find out what attractions are affected for each fire danger rating here.

Selamat Datang ke Taman Whiteman

WAKTU DIBUKA

8:30 pg – 6:00 ptg Setiap hari dalam setahun*

9:00 pg – 5:00 ptg *Hari Krismas (kawasan berkelah sahaja, tempat menarik ditutup)

Pusat Maklumat Pelawat

Terletak di Village, bersebelahan dengan tempat parkir kereta 7.

10:00 pg – 4:00 ptg Isnin hingga Ahad

CARA UNTUK KE SINI

Taman Whiteman terletak di Australia Barat, hanya 25 minit berkereta dari CBD Perth atau 18 kilometer di timur laut bandar mengikut hala terbang helang berekor Baji.

Pintu masuk Taman ini terletak di luar Lord Street dan Beechboro Road, Whiteman.

Ketibaan dengan bas
Satu-satunya perkhidmatan pengangkutan awam ke Taman Whiteman ialah perkhidmatan bas yang bertolak dari Depoh Bas Morley melalui Stesen Bassendean. Untuk maklumat penjadualan, layari laman web Transperth atau telefon 13 62 13.

Dari Morley, pergi ke Ellenbrook dengan menaiki bas 955. Terdapat perhentian bas betul-betul di luar pintu masuk Lord Street. Apabila anda tiba, anda boleh sama ada berjalan kaki ke Village, atau, jika ada, menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang kami sediakan secara percuma. Baca lagi untuk maklumat lanjut.
Perkhidmatan bas percuma
Taman Whiteman mengendalikan perkhidmatan pengangkutan percuma dari pintu masuk Lord Street kami ke Village pada hujung minggu. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Persatuan Pemeliharaan Bas WA dan dijadualkan supaya bersesuaian dengan perkhidmatan Transperth.

Caversham Wildlife Park juga mengendalikan perkhidmatan bas percuma pada hari-hari biasa jika ada permintaan. Perkhidmatas bas ini beroperasi dari 10:00 pg hingga 4:00 ptg, setiap jam, untuk mengambil penumpang dari Lord Street. Perkhidmatan untuk balik beroperasi dari 10:45 pg hingga 4:45 ptg, setiap jam, untuk bertemu dengan bas 956 yang balik ke Morley dan stesen Bassendean. Sila telefon Wildlife Park menggunakan interkom di pintu masuk Lord Street untuk mendapatkan perkhidmatan ini.

Berjalan kaki ke Village
Anda boleh berjalan kaki ke Village dari pintu masuk Lord Street melalui laluan berjalan kaki di belakang bangunan Pengurusan Natural Area. Cari papan tanda Maklumat Taman Whiteman, seberangi tempat parkir kereta dan anda akan temui jalan masuk laluan itu. Harap maklum bahawa jarak berjalan kaki ke Village ialah 2 km. Peta Berjalan/Berbasikal menunjukkan lokasi laluan secara relatif dengan jalan dan pintu masuk Lord Street.

Kami tidak menggalakkan berjalan di atas jalan, kerana tidak ada laluan di situ, maka ia mengundang bahaya kepada pejalan kaki.

TENTANG TAMAN WHITEMAN

Taman Whiteman ialah kawasan simpanan dan rekreasi unik yang merangkumi hampir 4,000 hektar tanah hutan belukar semula jadi dan kemudahan santai di kawasan pinggir bandar utara Perth.

Taman ini mendapat namanya daripada Encik Lew Whiteman (1903-1994) yang membeli tanah ini di kawasan tersebut pada tahun 1939 untuk menjadikannya padang ragut bagi lembu, sebelum membangunkan tempat perkelahan terkenal Mussel Pool pada tahun 1960-an.

Pemuliharaan
Hampir separuh daripada tanah di Taman Whiteman disimpan untuk pemuliharaan hidupan liar – pada asasnya, sebagai satu cara untuk memberikan habitat yang dilindungi bagi kepentingan pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan dan haiwan tempatan kawasan itu.

Kawasan pemuliharaan sedia ada merangkumi satu kawasan pelbagai habitat, kerana pasir dari Dataran Pantai Swan di kawasan itu menampung kawasan pokok-pokok kayu marri, jarrah dan banksia, kawasan rawa, kawasan paya melaleuca dan kawasan lembap unik yang hanya wujud untuk jangka masa pendek sahaja.

Kemudahan untuk Golongan Kurang Upaya
Taman Whiteman mempunyai dua kerusi roda standard yang boleh dipinjam daripada Pusat Maklumat Pelawat dari 10:00 pg – 4:00 ptg, Isnin hingga Ahad.
 
Kedai-kedai dan tandas di Village boleh diakses oleh kerusi roda dan terdapat tanjakan di pintu masuk semua bangunan.
 
Selain itu, gerabak kereta api khas telah dibina oleh Syarikat Kereta Api Bennet Brook untuk membolehkan pelawat berkerusi roda menikmati perjalanan di sekeliling Taman itu dengan kereta api, dan tanjakan yang dibina khas membolehkan trem vintaj dinaiki.

TARIKAN

Taman Hidupan Liar Caversham
Waktu Dibuka: Dibuka Setiap Hari, 9:00 pg hingga 5:30 ptg
Ditutup Pada Hari Krismas
Parkir terdekat: Parkir kereta 8
Telefon: (08) 9248 1984

Taman Hidupan Liar Caversham menampilkan banyak haiwan asli Australia yang unik, termasuk beruang koala, wallabi, possum dan wombat – memberikan pelawat peluang untuk melihat beberapa ikon Australia dengan dekat!

Bayaran masuk dikenakan. Untuk maklumat lanjut, layari www.cavershamwildlife.com.au

Pusat Kraftangan
Waktu Dibuka: Buka setiap hari, 10:00 pg hingga 4:00 ptg
Ditutup Pada Hari Krismas
Parkir terdekat: Parkir kereta 12
Telefon: (08) 9249 6400

Dapatkan pelbagai kraftangan tempatan yang dijual setiap hari di Pusat Kraftangan ini. Setiap barang di kedai ini dibuat sendiri dan terdiri daripada sulaman halus dan barangan kaca yang dicat dengan tangan, hinggalah item kraf kayu, mainan lembut yang dijahit tangan dan jem serta jeruk buatan sendiri yang memenangi anugerah.

Muzium Motor WA
Waktu Dibuka: Buka setiap hari, 10:00 pg hingga 4:00 ptg
Ahad/Cuti umum, 10:00 pg hingga 5:00 ptg
Ditutup Pada Hari Krismas
Parkir terdekat: Parkir kereta 11
Telefon: (08) 9249 9457

Hidupkan enjin anda, tekan minyak dan bersihkan duko dan lihatlah sebahagian daripada kesempurnaan permotoran! Dikendalikan oleh Majlis Kelab Permotoran Australia Barat (CMCWA), Muzium Motor WA ini ialah sebuah bangunan yang dibina khas, berlantai selisih yang mempamerkan lebih daripada 130 buah kenderaan. Cenderamata boleh dibeli dari kedai Muzium dan termasuk video, kereta model, poskad, buku, lencana dan gelang kunci.

Bayaran masuk dikenakan. Untuk maklumat lanjut, layari www.motormuseumofwa.asn.au


Kedai Cetak

Waktu Dibuka: Rabu hingga Ahad, 10:00 pg hingga 4:00 ptg
Ditutup Pada Hari Krismas
Parkir terdekat: Parkir kereta 12, Village
Telefon: 0457 430 424

Dalam era mikrocip, Kedai Cetak Taman Whiteman mengeluarkan hasil kerja berkualiti tinggi menggunakan mesin dan kaedah tradisional. Kedai Cetak mempunyai pelbagai item kecil-kecil, cenderamata bercetak dan alat tulis, dan juga pelbagai poskad yang menampilkan Taman Whiteman.

Muzium Pengangkutan Revolutions
Waktu Dibuka: Buka setiap hari, 10:00 pg hingga 4:00 ptg
Ditutup Pada Hari Krismas dan Tinju
Parkir terdekat: Parkir kereta 1 atau 2, Village
Telefon: (08) 9209 6040

Sudahkah kita sampai di sana? Revolutions bukan sekadar satu-satunya muzium warisan pengangkutan darat Negeri – ia adalah satu pameran menarik yang memperlihatkan impak besar yang telah diberikan, dan sedang diberikan oleh pilihan pengangkutan, ke atas kehidupan dan landskap Australia.

Revolutions mengumpulkan semua jenis pengangkutan darat bersama di satu tempat dan merupakan satu hab yang menceritakan tentang Jejak Warisan Pengangkutan di Taman Whiteman. Ia akan mengubah cara anda berfikir tentang pengangkutan dan bagaimana ia membentuk kehidupan kita dan kejiranan kita. Kemasukan dengan menderma.

Hutan Kanak-Kanak
Waktu Dibuka: Buka setiap hari, 8:30 pg hingga 6:00 ptg
Lokasi: Separuh jalan antara Village dan Kolam Mussel
Parkir terdekat: Parkir kereta 12 atau 20

Hutan Kanak-kanak ialah hutan komuniti di mana kanak-kanak boleh datang untuk belajar tentang kepentingan dan keindahan pokok dan alam semula jadi dan di mana mereka boleh datang dan melihat hutan ‘mereka’ tumbuh dan membesar seperti mereka juga.

Kemasukan ke Hutan Kanak-Kanak ialah percuma dan kanak-kanak, bersama dengan kawan-kawan dan keluarga mereka digalakkan untuk meneroka, menikmati dan menemui pelbagai keajaiban Hutan, termasuk semut kawad gergasi, burung-burung berwarna-warni, possum yang mengintai, sarang Helang Ekor Baji saiz sebenar yang dibuat daripada keluli dan ‘penjaga’ Hutan, Budak Lelaki Belukar.

Hentian Lolly
Waktu Dibuka: Rabu hingga Ahad, 11:00 pg hingga 3:00 ptg
Parkir terdekat: Parkir kereta 12, Village
Telefon: (08) 9249 8812

Kedai yang mesti disinggah oleh semua penggemar gula-gula dan coklat! Hentian Lolly mempunyai semuanya daripada coklat hingga fudge, loli yang direbus menjadi likoris, manis hinggalah masam. Malah mereka mempunyai gula-gula antarabangsa dari England, Amerika dan New Zealand!

Muzium Traktor
Waktu Dibuka: Rabu, Sabtu dan Ahad, 10:00 pg hingga 2:00 ptg
Juga dibuka semasa cuti sekolah dan cuti umum.
Ditutup Pada Hari Krismas
Parkir terdekat: Parkir kereta 10, Village
Telefon: (08) 9209 3480

Lihat, dengar dan bau mesin-mesin yang memainkan peranan yang begitu penting pada masa negara kami mula membangun. Puluhan barang-barang tinggalan daripada sejarah pertanian WA dipamerkan di Muzium Traktor WA. Koleksi yang terdapat di sini termasuk hampir empat puluh buah traktor, dan juga enjin yang tidak bergerak, trak vintaj, satu pameran artifak kehidupan dan gambar-gambar lama kehidupan kampung.

Terdapat juga satu perarakan traktor vintaj yang dibaik pulih daripada Muzium Traktor WA bergerak perlahan-lahan ke Kolam Mussel dan kembali pada jam 1:00 tgh hari pada hari Ahad kedua setiap bulan.

Kemasukan dengan menderma.

Menaiki Kereta Api Vintaj
Waktu Dibuka: Rabu dan Khamis, 11:00 pg hingga 1:00 tgh hari
Sabtu dan Ahad, 11:00 pg hingga 3:00 ptg
Juga beroperasi semasa cuti sekolah dan cuti umum.
Ditutup Pada Hari Krismas
Parkir terdekat: Parkir kereta 1 (Village) atau 27 (Kolam Mussel)
Telefon: Tempahan & Pertanyaan – (08) 9534 3215

Syarikat Kereta Api Bennet Brook mengendalikan kereta api berenjin wap dan diesel di atas trek landasan 610 mm sepanjang 6 kilometer merentasi kawasan kayu Banksia Taman Whiteman.

Pada hujung minggu dan cuti umum, perkhidmatan ini beroperasi setiap setengah jam dari Stesen Village Junction dan setiap jam dari Kolam Mussel. Pada hari biasa, anda boleh menikmati perjalanan mengelilingi gelung kawasan belukar, bertolak dari Stesen Village Junction setiap jam pada hari ia beroperasi. Perkhidmatan ini biasanya tidak beroperasi dari Kolam Mussel pada cuti sekolah atau hari-hari biasa. Kasut mesti dipakai setiap masa semasa menaiki Kereta Api.

Bayaran tiket dikenakan. Untuk maklumat lanjut, layari laman web mereka di www.bennettbrookrailway.org

**SILA AMBIL PERHATIAN. Perkhidmatan kereta api bergantung kepada keadaan cuaca semasa musim kebakaran musim panas. Sila telefon kami di 9209 6000 pada hari lawatan anda jika anda mahu mendapatkan maklumat sama ada kami beroperasi atau tidak. Kasut mesti dipakai setiap masa.

Menaiki Trem Vintaj
Waktu Dibuka: Selasa dan Jumaat, 11:00 pg hingga 1:00 tgh hari
Sabtu dan Ahad, 11:00 pg hingga 3:00 ptg
Juga beroperasi semasa cuti sekolah dan cuti umum.
Ditutup Pada Hari Krismas
Parkir terdekat: Parkir kereta 1, 7, 23 atau 27
Telefon: (08) 9249 2777

Taman Whiteman ialah satu-satunya tempat di Australia Barat di mana anda boleh menaiki trem elektrik vintaj yang asli. Persatuan Trem Elektrik Perth memberikan perkhidmatan tetap sepanjang 4 kilometer trek landasan standard melalui kawasan perkelahan dan kawasan perladangan.

Trem beroperasi di antara Kolam Mussel dan Village setiap setengah jam, dengan lanjutan masa operasi pada hujung minggu dan cuti umum. Hentian trem berada di Stesen Village Junction, Village Café, Kolam Mussel Timur dan Kolam Mussel Barat.

Bayaran tiket dikenakan. Untuk maklumat lanjut, layari laman web mereka di www.pets.org.au

**SILA AMBIL PERHATIAN. Perkhidmatan kereta api bergantung kepada keadaan cuaca semasa musim kebakaran musim panas. Sila telefon kami di 9209 6000 pada hari lawatan anda jika anda mahu mendapatkan maklumat sama ada kami beroperasi atau tidak. Kasut mesti dipakai setiap masa.

Galeri Seni Village
Waktu Dibuka: Rabu hingga Ahad, 10:00 pg hingga 2:30 ptg
Juga dibuka pada cuti umum.
Ditutup Pada Hari Krismas
Parkir terdekat: Parkir kereta 12, Village
Telefon: (08) 9209 3910

Galeri yang mempersonakan ini menampilkan lukisan unik dan ciptaan tembikar yang setiap satunya berlainan, semuanya dihasilkan di premis tersebut. Ia adalah sesuatu yang mesti dilihat oleh semua pelawat kami – terutama sekali jika anda perlu mendapatkan hadiah istimewa untuk diri anda sendiri atau seseorang di tempat anda!

Kafe Village
Waktu Dibuka: Buka setiap hari, 10:00 pg hingga 3:30 ptg
Ditutup Pada Hari Krismas
Parkir terdekat: Parkir kereta 7 atau 9, Village
Telefon: (08) 9249 3552

Walaupun Taman ini terkenal kerana kawasan perkelahannya, anda tidak perlu membawa makanan untuk memastikan tiada seorang pun yang akan kelaparan! Kafe Village menawarkan pelbagai jenis makanan sama ada untuk dimakan di situ atau dibungkus untuk memenuhi semua selera, dan juga pelbagai pilihan katering.

Penerokaan Whiteman
Waktu Dibuka: Isnin, 11:00 pg & 1:00 tgh hari
Lokasi: Bas bertolak dari Hentian Bas di Parkir Kereta 7
Telefon: (08) 9209 6000

Naiklah bas vintaj yang telah dibaik pulih dengan cantik sekali oleh ahli Persatuan Pemeliharaan Bas WA untuk lawatan percuma Taman Whiteman.

Lawatan ini akan membawa anda ke seluruh Taman, dengan salah seorang sukarelawan kami yang akan menceritakan kepada anda semuanya tentang sejarah kami dan menunjukkan tarikan yang perlu dilihat.
Satu pratonton ringkas khas tentang muzium pengangkutan kami, Revolutions, juga dimasukkan ke dalam program perjalanan selama sejam ini.

Kawasan Simpanan Woodland
Waktu Dibuka: Lawatan tersedia pada Jumaat malam, September hingga April
Telefon: 9209 6000

Kemudahan pemuliharaan utama Taman Whiteman, Kawasan Simpanan Woodland, ialah sebuah kawasan perlindungan untuk flora dan fauna tempatan WA yang terpilih. Anda boleh mengalami habitat unik Kawasan Simpanan ini dalam salah satu lawatan berpandu kami, di mana anda akan melihat banyak jenis haiwan dari dekat, termasuk quenda woylies dan malahan mungkin echidna (jika anda bernasib baik!).

Tempahan perlu dibuat di 9209 6000. Peserta perlu mempunyai tahap kecergasan yang sederhana untuk menikmati keseronokan lawatan ini. Yuran dikenakan.